Sekolah Kebangsaan Pauh Lima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pauh Lima
Lokasi
Km 18, Kampung Pauh Lima, Jalan Bachok, 16090, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPELAJARAN PENYULUH HIDUP
Nombor sekolah09-7834188
Kod sekolahDBA1085
Guru besarENCIK MOHD SHUKRAN B CHE MAT@ MUHAMMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN WAN NOOR KARTINI BT WAN HAMZAH
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK MOHD ROPI B MD LAZIM
Penolong Kanan KokurikulumENCIK MOHD HAZIZI B MD ABD SANI
Faks09-783 2551
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pauh Lima atau nama ringkasnya SK Pauh Lima (SKPL), merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Km 18, Kampung Pauh Lima, Jalan Peringat-Melawi, sempadan daerah Kota Bharu dan Bachok.

Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Pauh Lima memiliki 233 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 463 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2023

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Melayu Pauh Lima telah ditubuhkan pada tahun 1941. Awal tahun 1942 Jepun telah memerintah Tanah Melayu, Sekolah Melayu Pauh Lima telah dipindahkan ke kampung Bukit Marak, Bachok lebih kurang 2 km dari tapak sekolah sekarang.

Di awal tahun 1947 dibangunkan sebuah Sekolah Rakyat di atas tanah yang dipinjamkan oleh arwah Haji Abd. Rahman bin Umat (iaitu tapak Pasar Pauh Lima sekarang). Sekolah yang ditubuhkan ini dikelolakan oleh dua orang guru, dan 74 orang murid dalam 3 kelas.

Pada 1.8.1950 sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan dengan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan dinamakan Sekolah Melayu Pauh Lima. Semasa ini sekolah ditadbirkan oleh 5 orang guru dan jumlah murid ialah 135 orang dengan 4 kelas iaitu darjah satu, dua, tiga dan empat.

Pada tahun 1953, Jawatankuasa Ibu bapa dan guru telah berusaha mencari wang dan membeli tapak tanah Lot. No. 1343 seluas 800 D, Lot no. 1342 seluas 510 D, Lot no. 1346 seluas 700 D dan Lot no. 1464 seluas 355 D dengan harga $1,400.00 dan telah didaftarkan sebagai tapak sekolah pada 2.4.1957.

Sekolah telah didirikan di tapak baru oleh kerajaan dengan separuh bantuan pada awal bulan Mei 1959 dengan belanja $2,800.00 dengan dua buah bangunan 100 x 20 kaki dan 90 x 20 kaki untuk menampung 340 orang murid dengan guru-guru seramai 13 orang.

Pada pertengahan tahun 1967 sebuah bangunan lama sekolah ini dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berukuran 190 x 20 kaki dan sebuah kantin dan sederet tandas.

Akhir tahun 1968, bangunan tersebut digunakan dengan 6 bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Pada masa itu keramaian murid ialah 425 orang dengan 16 orang guru.

Pada 19.3.1969 bersamaan 1 Muharram 1389 bangunan itu dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Khir bin Johari.

Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah kebangsaan lain di Malaysia, SK Pauh Lima mengikuti kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum ini merangkumi pelbagai subjek asas seperti :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Moral
  7. Pendidikan Jasmani
  8. Kemahiran Hidup
  9. Kajian Tempatan
  10. Muzik


Selain itu, sekolah ini juga menawarkan aktiviti kokurikulum untuk membangunkan bakat dan minat pelajar dalam bidang sukan, seni, dan budaya.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

SK Pauh Lima dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran. Antara kemudahan yang disediakan termasuk bilik darjah yang selesa, makmal komputer, perpustakaan, dan padang sukan. Kemudahan ini penting untuk memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SK Pauh Lima mempunyai rekod pencapaian akademik dan kokurikulum yang membanggakan. Pelajar-pelajar dari sekolah ini sering kali menyertai dan memenangi pelbagai pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih guru-guru dan sokongan padu daripada ibu bapa serta komuniti setempat.

Penglibatan Komuniti[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini turut aktif dalam menggalakkan penglibatan komuniti dalam pelbagai aktiviti sekolah. Program seperti gotong-royong, hari kantin, dan sukan tahunan sering mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Penglibatan ini membantu mengukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti, sekaligus menyokong perkembangan pelajar secara holistik.

Senarai Guru Besar SK Pauh Lima[sunting | sunting sumber]

Bil. Nama Mula Berkhidmat Tarikh Pencen
1. BADARUDDIN BIN ALI   1941 31 Julai 1950
2. MAHMOOD BIN SALLEH   1 ogos 1950 31 Disember 1956
3. HUSSAIN BIN AWANG 1 Januari 1957 29 Februari 1960
4. AHMAD BIN AWANG 1 Mac 1960 31 Disember 1969
5. TENGKU JAAFAR BIN TG. OMAR 1 Januari 1970 16 Oktober 1982
6. HJ. ISMAIL BIN AWANG     17 Oktober 1982 30 November 1989
7. HJ. HUSAIN BIN DAUD 1 Disember 1989 28 Februari 1991
8. SALLEH BIN ABDUL RAHMAN 1 Mac 1991 31 Disember 1993
9. HJ. ABDULLAH BIN HJ. MUHAMMAD A.M.N.PB 1 Januari 1994 20 Ogos 1999
10. HJ. HASBULLAH BIN ISMAIL 21 Ogos 1999 16 Jun 2002
11. MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHD FAUZI 16 Jun 2002 16 Disember 2003
12. HJH. ESAH BT DAUD 31 Disember 2003 3 Ogos 2004
13. HJ. MOHD GHANI BIN MAT NOH 1 September 2004 30 Jun 2012
14. HJ.MOHAMED OTHMAN BIN OMAR 1 Julai 2012 18 April 2013

Moto SK Pauh Lima[sunting | sunting sumber]

"Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan"

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya warga pendidik di sekolah ini mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas untuk memberikan pendidikan yang cemerlang kepada murid dalam usaha untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Bahawasanya murid-murid yang belajar di sekolah ini perlu diberi peluang dan ruang untuk mendapatkan pendidikan yang sama serta berkualiti bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Bahawasanya permaufakatan antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat penting untuk merealisasikan kecemerlangan sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pauh Lima
Km 18, Kampung Pauh Lima, Jalan Bachok
16090, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097834189
Fax = 09-783 2551

Pautan luar[sunting | sunting sumber]